Piece of mind

Piece of mind

Thursday, November 25, 2010

Lets Look Forward

sememangnyer...kehidupan yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah..pokok pangkal diri sendiri.samada kuat atau lemah untuk menghadapinya.Matang atau tidak menghadapi sesuatu perkara..keterbukaan hati untuk menerima sesuatu perkara atau menolaknya...tidak kira daripada pendapat orang lain atau dalaman dalam diri sendiri..benar..seperti Dr. M, semasa mahu membina jambatan Pulau Pinang, begitu banyak tentangan yang perlu dihadapi.tiada yang positif..tapi kini..lihatlah jika tiada jambatan itu wujud, adakah Pulau Pinang itu akan maju berkembang pesat sehingga digelar "Singapura kedua". kritikan dan teguran itu perlu..tanpa kritikan dan teguran, kita tidak akan tahu kedudukan diri sebenar kita. Tapi, hakikatnya..lebih ramai yang tidak suka akan kritikan dan teguran kerana dianggap seperti sesuatu racun yang akan memakan diri..mungkin diri sudah diselubungi ego..rasa sudah cukup hebat..takut malu..takut ditertawakan...jika ditegur..jangan cepat melatah. Kaji semula apa-apa yang berkaitan..Perbincangan bersama adalah cara yang paling tepat untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Kadang-kadang kita terlepas pandang..itulah gunanya hidup bersama..semua kejadian dijadikan secara berpasangan..untuk saling lengkap melengkapi..tegur-menegur..dan saling ingat memperingati secara bersemuka.. Pasti setiap kekeliruan akan selesai dengan cara yang berhemah, dihormati, matang dan profesional. Begitu juga dengan nada suara yang digunakan..adakala kita rasa sudah sesuai. Sebaliknya... :(
Ada satu cerita yang dikaitkan...
Setiap hari diberi makan ikan selepas mendapat hasil penangkapan...jika suatu hari si pemberi sudah tiada? bagaimana dengan yg diberi?
Maka sebab itulah..seharusnya si pemberi harus memberi pancing kepada si pemakan..dan terus mengajar si pemakan bagaimana untuk menangkap ikan itu sendiri..supaya jika suatu hari si pemberi sudah tiada, si pemakan tidak perlu lagi kelaparan...
Si pemberi pun bijak.sudah diberikan pancing..lantas mengajar. Jika diberi pancing, tetapi tidak diajar..kemungkinan si pemakan sampai kesudah tidak akan tahu..atau salah cara penangkapan itu.
Sementara si pemberi makan itu ada...pasti setiap langkah si pemakan dipastikan agar sentiasa sempurna..walaupun hakikatnya adakala si pemakan sudah rasakan cukup puas hati dengan cara penangkapan itu...
begitu juga dengan si pemakan...mungkin kelebihan nya semasa cara masakan ikan itu? tidak salah untuk mengajar kepada si pemberi...kerana si pemberi hanya tahu menangkap ikan sahaja...tidak tahu memasak. mana tahu kalau si pemakan sudah tiada, siapa jugak mahu memasak...jika pandai tangkap sahaja...
Itulah hakikatnya...indahnyer...ciptaan Ilahi... (muhasabah diri)
Setiap manusia tidak sempurna..begitu juga dengan diri ini...

Ok lar...sudah dua hari asyik duk kt umah...time to go out!! and having some fun... ;) urmmm..next..nak uat ttg journey from east to west...sambil lepak2 kt Mc D.. ;)

No comments:

Post a Comment