Piece of mind

Piece of mind

Thursday, March 17, 2011

what's on my mind and my heart...muhasabah diri

Aku bukan insan yang kuat seperti orang lain...masih lagi lemah dan perlu bimbingan..sentiasa belajar...kerana aku selalu mengingatkan diriku..apa yang aku lakukan samada secara sedar atau tidak..adalah kerana Ilahi..dan sepenuhnya berTawakal kepada Nya...(Allah)
Jika baik perkara itu disebabkan aku...aku yakin, nescaya Allah akan membalas kebaikan itu jika tidak padaku..tetapi kepada generasiku atau zuriatku...
Begitu juga jika jahat perkara itu berlaku  disebabkan aku...aku juga yakin, nescaya Allah akan membalas kejahatan itu jika tidak padaku, pasti tentulah kepada generasiku atau zuriatku...
Semuanya telah tertulis oleh Ilahi tentang hukuman kepada hamba-hambanya...cuma pilihan terletak di tangan kita samada mahu pilih kebaikan atau kejahatan..apa pun, dimana saja kita berada, bukan sahaja kita membawa nama kita sendiri..bahkan membawa nama keluarga..setiap anggota keluarga...
Hidup umpama roda...pernah juga aku berada di atas...leka dengan segalanya...itulah sifat manusia..bila jatuh, baru tersedar semula...
Tidak perlu menilai orang lain..cukuplah dengan melihat diriku sendiri..perlu berusaha untuk jadi yang terbaik dalam mencari keredhaan Ilahi..walau apa pun yang akan terjadi padaku..aku akan masih lagi gagah tersenyum...kerana aku yakin dan pasti, senantiasa bersama-samaku adalah penciptaku, tuhan yang satu.. Allah Subhanallah Taala...biarlah Dia sahaja yang menentukan segala-galanya...kerana pada Dia lah aku sandarkan...

No comments:

Post a Comment